Sesunguhnya aku telah mengalami mimpi yang MENAKJUBKAN pada malam
kemarin....Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul maut
untuk mengambil nyawanya, maka malaikat
itu terhalang disebabkan KETAATAN KEPADA KEDUA IBU-BAPANYA.
Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur maka
ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA.
Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan,
maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA kepada Allah.
Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi
SOLATNYA telah melepaskannya dari seksaan itu.
Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala
PUASANYA memberi minum hingga ia merasa puas.
Aku melihat umatku cuba untuk mendakati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpul-kumpul,
setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI
JUNUBNYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.
Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap
gelita, di hadapannya gelap, di belakangnya gelap, di bawahnya gelap sedangkan
dia
sendiri dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA
lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.
Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi
mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SILATURRAHIMNYA lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka
dengannya.
Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,
maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA lalu menabiri muka dan kepalanya
dari bahaya api tersebut.
Aku melihat umatku sedang diseret oleh malaikatul zabaniah ke
merata tempat, maka datanglah pahala AMAR MA'RUF NAHI MUNGKARNYA seraya
menyelamatkan dia dari cengkaman tersebut dan diserahkan kepada malaikat
rahmat.
Aku melihat juga umatku sedang merangkak-rangkak, di antaranya
dengan Tuhan dipasangkan hijab, maka menjelmalah BUDI DAN AKHLAKNYA memimpinnya
sehingga terbuka hijab tersebut dan masuklah dia bertemu dengan Tuhannya.
Aku melihat umatku didatangi buku catatan daripada sebelah kiri,
tiba-tiba datanglah pahala TAKUTNYA KEPADA ALLAH lalu menukarnya ke sebelah
tangan kanan.
Aku melihat seorang umatku terangkat
timbangannya, maka menjelmalah ANAK-ANAKNYA YANG MATI KECIL lalu
menekan timbangan hingga menjadi berat.
Aku melihat umatku sedang berada di tepi neraka jahannam,
tiba-tiba muncullah PERASAAN GERUNNYA TERHADAP SEKSAAN ALLAH lalu membawa dia
jauh
dari tempat itu.
Aku melihat umatku terjerumus ke lembah neraka, lalu datanglah AIR
MATANYA YANG PERNAH MENGALIR KERANA TAKUT KEPADA ALLAH, menyelamatkannya.
Aku juga melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan
tubuhnya terketar-ketar seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka
datanglah pahala BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH lalu
mententeramkannya melalui titian tersebut sehingga ke penghujungnya.
Aku melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan
merangkak dan meniarap lalu datanglah
SOLATNYA merayu kepadaku dan akupun memimpin tangannya dan
mengajaknya berdiri serta berjalan
hingga ke hujungnya.
Aku melihat umatku sudah hampir tiba di pintu syurga tetapi
tiba-tiba pintu syurga tertutup, di waktu itu muncullah PENYAKSIANNYA BAHAWA
TIADA
TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH membukakan kembali
pintu itu dan diapun
memasukinya.
Aku melihat ramai orang sedang meggunting lidah mereka, aku
bertanya kepada Jibril siapa mereka? Jawab Jibril, itulah orang-orang yang suka
membawa mulut kesana sini.
Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka. Aku bertanya
kepada Jibril siapa pula mereka?
Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah
kepada orang-orang yang beriman
tanpa bukti.
Semoga menjadi pedoman
untuk diamalkan dan disampaikan.... "
Mimpi-Mimpi Rasulullah S.A.W
Judul: Mimpi-Mimpi Rasulullah S.A.W
Ditulis Oleh BUDIMAN ALI AKBAR
Jika artikel ini berguna untuk anda silahkan copy-paste dengan menyertakan link Mimpi-Mimpi Rasulullah S.A.W ini. Terima kasih atas perhatiannya. Maaf jika ada kekurangan.
No comments:
Post a Comment
Silahkan Berkomentar